25 Feb 2013

Kafir musyrikin mengharamkan makanan apa-apa yang Allah halalkan

Terjemahan Quran

Kalau menurut Quran benda-benda yang haram di makan haya ada 4 perkara saja .
  1. bangkai,
  2. darah yang mengalir,
  3. daging babi - karena sesungguhya ia itu kotur,
  4. sesuatu yang di sembelih karena lain dari Allah.
Tetapi jika terpaksa dengan tidak sengaja mau memakannya dan tidak melebihinya, maka di bolehkan memakannya :
A145
6:145 Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu 
  1. bangkai, atau 
  2. darah yang mengalir, atau 
  3. daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau 
  4. sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah".
Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Quran melarang keras kepada Orang-orang yang beriman sepaya jangan meharamkan sesuatu apa pun yang Allah tidak meharamkanya :
A087
5:87 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
A059
10:59 Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".
A115
16:115 Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan (1) bangkai, dan (2) darah, dan (3) daging babi, dan (4) binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
A116
16:116 Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

Setahu saya , orang-orang kafir tidak mengharamkan sesuatu apa pun asalkan makanan itu tidak mendaratkan kepada diri-diri mareka sendiri. Tetapi yang saya tahu Ulama-ulama Islam itu sendiri mengharamkan itu dan ini .
Sedangkan Nabi sendiri Tuhan melarang mengharamkan sesuatu yang di halalkan oleh Allah :
A001
66:1 Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi orang-orang Kafir Musyrin yang meharamkan selain yang di haramkan oleh Quran 2:173 - 16:115 - 6:145 - 5:3 )
karena mareka mengaku dihari akhirat didalam Neraka  :
A148
6:148 Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

Setahu saya orang-orang kafir beragama Budda, Hindu dan lain-lain selain agama Islam tidak mengharamkan apa-apa pun asalkan makanan yang mareka makan itu tidak membahyakan diri mareka bila mareka memakan makanan itu.
Tapi yang saya tahunya adalah orang-orang Islam itu sendiri yang meharamkan makan itu dan makan ini, inilah yang saya sangat keliru siapakah orang-orang kafir yang sebenarnya yang mengharamkan makanan yang Allah halal itu ??? 
*******
Bahya Syirik Syirik ini kalau kita tak sepat taubah Allah subhanahu wataala tak akan ampun dosanya . yang lain-lain masih dengan kemurahan Allah subhanahu wataala walau pun kita tak sepat taubat dengan kemurahan Allah subhanahu wataala  masih ada kemungkinan lagi diampuni oleh Allah subhanahu wataala, tetapi kalau Syirik , sebab itu bila Syirik ini kalau kita tak sepat taubat, tak ada harapan lagi 
A048
4:48 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

0 ulasan: