5 Mar 2013

Hadis Bukhari

Terjemahan Quran

momod berkata :

Jadi perlu diketahui bersama bahwa Rasulullah tidak pernah mengatakan Islam butuh hadits-hadits al Bukhari dan sejawat ahli-hadits beliau.
Bahkan Islam sejak nabi Ibrahim juga tidak mengenal hadits-hadits al Bukhari dan sejawat ahli-hadits beliau.
******
Anti Hadis oleh Othman Ali
Satu kekeliruan yang ketara berlaku di dalam masyarakat Melayu Islam khasnya, tetapi dengan tanpa disedar. Ia berpunca daripada perkataan hadith atau hadis yang berasal daripada Arab, iaitu bahasa yang kebanyakan orang Melayu tidak faham.
Perkataan tersebut adalah sebenarnya perkataan Tuhan kerana diguna di dalam Kitab-Nya, al-Qur'an. Ia disebut sebanyak 28 kali dan mempunyai beberapa makna pula seperti perkataanbicaraberitaketeranganmimpi atau ceritadan sebagainya, menurut konteks ayat ia digunakan.
Terdapat satu lagi makna atau pengertian yang ingin dibicara dengan lebih lanjut, iaitu al-Qur'an. Tuhan juga telah mengertikan perkataan 'hadis' kepada al-Qur'an. Contoh-contoh ayat di mana perkataan tersebut diertikan-Nya kepada al-Qur'an adalah:
"Boleh jadi, jika mereka tidak percayai HADIS ini (al-Qur'an), kamu membinasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka" (18:6),
"Allah turunkan HADIS yang paling baik sebagai sebuah Kitab (al-Qur'an)" (39:23),
"Apa, adakah kamu menganggap HADIS ini (al-Qur'an) rendah?" (56:81) dan,
"Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang dustakan HADIS ini (al-Qur'an)! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu" (68:44).
Maka dengan itu jelaslah bahawa ayat-ayat al-Qur'an adalah hadis Tuhan. Bagi orang-orang yang mendustakannya pula Dia akan tarik mereka sedikit demi sedikit kepada penderitaan.
Pun begitu, terdapat pihak di kalangan masyarakat yang menganggap hadis Tuhan sebagai rendah. Beberapa contoh hadis-Nya yang dianggap rendah adalah seperti berikut:
"apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, 'Salamun alaikum'" (6:54)
"Selain daripada Dia, kamu tidak ada pelindung, dan tidak juga ada syafaat (pengantara); tidakkah kamu mengingati?" (32:4)
"Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh." (4:136)
"Satu penurunan (al-Qur'an) daripada Pemelihara semua alam. Sekiranya dia (Muhammad) mengadakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya," (69:43-46) dan,
"Ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Qur'an)," (5:92 dan 24:54).
Dan banyak lagi. Senarai hadis Tuhan yang dipandang rendah serta tidak dipercayai oleh kebanyakan ahli masyarakat amat panjang. Memadailah dengan contoh-contoh di atas sahaja, yang mengandungi beberapa ajaran Tuhan seperti:
  • cara beri salam hormat sesama manusia, klik di SINI
  • syafaat yang tiada seorang pun mempunyai kuasanya, 
  • rukun iman lima perkara, 
  • Nabi yang tidak menambah pada ajaran Tuhan, dan, 
  • tugas seseorang rasul hanya sampaikan al-Qur'an.
Kalau ingin ikut gelaran yang diberi oleh sesetengah pihak bagi orang-orang yang sedemikian sikapnya, yang tidak percaya dan menolak hadis, mereka digelar antihadis.
Mereka yang menggelar itu pula menggantikan ajaran hadis Tuhan dengan ajaran hadis lain yang ajar selain daripada ajaran Tuhan. Lalu apa yang diajar Tuhan tadi bertukar kepada:
  • cara beri salam yang lain bunyinya, 
  • menganggap Nabi mampu beri syafaat, 
  • rukun iman mengandungi 6 perkara bukan 5, 
  • Nabi buat tambahan pada ajaran Tuhan, dan,
  • tugas rasul bukan sahaja sampaikan al-Qur'an.
Sebab jadi begitu kerana terdapat manusia yang terbilang dalam agama (dan juga dalam bahasa Arab) di kalangan ahli masyarakat yang mempunyai pengertian tersendiri bagi perkataan 'hadis'. Mereka menolak ajaran bahasa Arab daripada Tuhan, yang menciptanya.
Mereka mengertikan perkataan itu kepada Hadis Nabi sahaja. Walhal, frasa hadis Nabi tidak langsung disebut atau diajar oleh Tuhan. Frasa sunnah rasul pun tidak disebut-Nya.
Kekeliruan jadi bertambah kusut apabila didapati bahawa apa yang dikatakan hadis Nabi itu tidak ditulis atau disahihkan oleh Nabi sendiri. Koleksi yang mereka simpan serta imani telah ditulis oleh beberapa orang yang tinggal lebih daripada 200 tahun setelah Nabi wafat. Mereka menulis atas dasar didengar daripada cakap orang sahaja, yang mendengarnya pula daripada orang lain, daripada orang lain dan seterusnya.
Sayugia diingatkan iaitu hadis-hadis tulisan orang-orang seperti itu adalah di luar al-Qur'an, dan ditulis selepas al-Qur'an diturunkan. Hadis-hadis serupa itu ditolak oleh Tuhan dan antara penolakan-Nya berbunyi,
"Dan siapakah lebih benar HADISnya daripada Allah?" (4:87),
"Maka dengan HADIS apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur'an), akan percayai?" (7:185) dan,
"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan HADIS apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6).
Justeru itu, berhati-hatilah apabila menggelar orang lain dengan panggilan 'antihadis' kerana yang sebenarnya jadi antihadis tulisan manusia tersebut adalah Tuhan sendiri. Jangan pula muncul daripada ahli-ahli masyarakat orang-orang yang berani mencela Tuhan dengan cercaan serupa itu.
Namun, yang paling aneh sekali ialah orang-orang yang menggelar atau mencerca itu sendiri merupakan antihadis yang tulen, atas sebab mereka memandang rendah, mendustakan, dan menolak hadis yang paling baik lagi paling benar, iaitu hadis Allah, Pemelihara semua alam.
*******

[SHALAT] Ritual vs Non Ritual
2:177 Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
Tetapi saya lihat umat Islam mareka sembahyang menghadap kebarat bagimana nih ?
****
******
Tidak ada Syariat Islam hanya ada Syariat Allah
******
Tidak ada unnah Nabi hanya ada Sunnatullah
*******
Tidak ada Syafaat Nabi hanya ada Syafaat Allah
******
******
********
Taat kepada Allah dan Taat kepada Rasul adalah Quran?


Kitab Bukhari tak setanding dengan Quran klik di SINI
Hadis Bukhari klik di SINI
Orang beragama asing tak ingkar Quran klik di SINI
AGAMA klik di SINI
Agama Tuhan dan Agama Ulama klik di SINI



Kembali ke TOPIC

0 ulasan: