Terjemahan Quran
Kafir musyrikin mengadakan Hukum Syara' yang tidak diizinkan Allah
42:21 Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Bahya Syirik , Syirik kalau kita tak sepat taubah Allah subhanahu wataala tak akan ampun dosanya . yang lain-lain masih dengan kemurahan Allah subhanahu wataala walau pun kita tak sepat taubat dengan kemurahan Allah subhanahu wataala masih ada kemungkinan lagi diampuni oleh Allah subhanahu wataala, tetapi kalau Syirik , sebab itu bila Syirik ini kalau kita tak sepat taubat, tak ada harapan lagi
4:48 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
*******
Kembali ke topic Tuhan dan Ulama
******
0 ulasan:
Posting Komentar