SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama – Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua – Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama – Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua – Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga – Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat – Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama – Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua – Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga – Kelam dengan malam.
Rakaat keempat – Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama – Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua – Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga – Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama – Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua – Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga – Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat – Dukacita terhadap anak Firaun.
Ini semua tidak ada alasan dalam Quran
Apakah kitab sejarah lebih benar daripada Quran ???
Menurut pendapat dari kaum Ahlil kitab , bahwa sembahyang lima waktu itu ada Bid'ah
Kembali kehalaman Utama
*********
0 ulasan:
Posting Komentar