9 Okt 2013

Beza agama Tuhan dengan agama manusia

Kalau kita memelok agama manusia :
1.Maka Ketua-ketua agama yang kita anuti itu lah yang dapat membuat keputusan adakah benar atau salah dalam kehidupan kita hari-hari, dan ketua-ketua agama yang kita anuti itulah juga yang dapat membuat keputusan apakah diri kita itu ahli Neraka atau Syurga.

2.Dan kita di paksa percaya sebagaimana yang di jelaskan di dalam kitab-kitab agama yang di tulis oleh ketua-ketua agama yang kita anutinya itu,

3.Dan kita di paksa pula menerima hokum-hokum yang ada dalam kitab-kitab agama yang di tulis oleh ketua-ketua agama yang kita anutinya itu

4.Dan kita di paksa lagi beramal ibadat mengikut cara-cara yang sudah ada dalam kitab-kitab agama yang ditulis oleh ketua-ketua agama yang kita anutinya itu.

5.Dan kanak-kanak yang berusia 10 tahun kalau mareka tidak beramal ibadat mengikut cara-cara amal ibadat yang ada dalam kitab-kitab agama yang di tulis oleh ketua-ketua agama yang kita anutinya itu, di dera di rutan atau sebagainya.

6.Dan berbagai-bagai ketua-ketua agama yang mana manusia anuti itu selalu bermusuhan-musuhan sesama mareka dan kafir mengafir sesama mareka sehingga terjadi perbuhan sesama mareka , karena masing-masing ketua agama itu mangaku bahwa agama dari mareka sajalah agama yang benar dari Tuhan dan yang lainnya salah 
******
Kalau kita memelok agama Tuhan :
1.Maka Tuhan lah yang dapat membuat keputusan adakah benar atau salah dalam kehidupan kita hari-hari, dan Tuhan juga dapat membuat keputusan apakah diri kita itu ahli Neraka atau Syurga di hari kiamat nanti.
A113
2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Nasrani tiada sesuatu (agama yang benar)", dan orang-orang Nasrani berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu (agama yang benar)"; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
2.Kita masti percaya apa-apa yang ada dalam kitab Tuhan Quran
3.dan kita percaya bahwa dalam agama Tuhan itu, tidak ada paksaan dalam agamanya dan tidak ada kekerasan, karena Tuhan bersifat maha Pemurah lagi maha Pengasih :

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang maha Pemurah, lagi maha Pengasih.
A001
110:1. Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan,
A002
110:2. Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan,
A003
110:3. Maka sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.
A256
2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa tidak percaya kepada Thagut (ketua-ketua agama manusia yang pelampau), dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

4.Dan melarang kita memaksa manusia supaya mareka percaya sebagaimana kita percaya :
A099
10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu mengkehendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai)?

5.Dan Tuhan menjadikan manusia lelaki dan perampuan dan berbangsa-bangsa supaya mengenal satu sama lain.
A013
49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

6.Dan sesunggunya orang-orang yang beriman itu bersaudara dan jika dua golonga orang-orang beriaman bergaduh, handaklah pamrintah membetulkannya.(4:59)
A059
4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.

Tidak ada satu ayat pun yang menyuruh taat kepada ketua-ketua agama Ulama …
A009
49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin bergaduh, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.
A010
49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.
A081
2:81. Ia, sesiapa yang mengusahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah orang-orang Api Neraka; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
A082
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka itulah orang-orang Taman Syurga; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
A062
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Nasrani, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7.Dan Tuhan melarang kepada orang-orang yang percaya kepada ajaran agamanya dalam Quran supaya jangan termasuk kedalam agama orang-orang yang menyengutukan allah yang menjadikan dalam agama mareka politik berpuak-puak dan mengbangga apa yang ada dalam puak mareka :
A031
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan jangan menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,
A032
30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi politik berpuak-puak, tiap-tiap puak berbangga dengan apa di sisi mereka.

8.Tuhan melarang kita supaya jangan kita mengharamkan apa-apa yang tidak di haramakan dalama Quran sehingga Nabi sendiri di larang mengharamkan apa yang Allah halalkan :
A001
66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.
A116
16:116. Dan jangan mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

Tetapi Orang-orang musyrikin/menyengutukan Tuhan mengharamkan apa-apa yang di halalkan oleh Allah
A035
16:35. Orang-orang yang mempersekutukan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.

9.Dan Tuhan tidak mengampunka dosa-dosa orang-orang yang menyengutukan allah dan dia mengampunkan dosa-dosa selain dari itu .
A048
4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar.

***

0 ulasan: