26 Sep 2013

Islam Agama Politik

Islam agama politik
اسلام اكام فوليتيك
Agama Islam asalnya Agama Allah = Agama Tuhan
اكام اسلام اصلث اكام الله  اكام توهن
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
دغن نام الله يغ مهافمموره لاكى مهافغاسيهانى

A001
110:1 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
افبيل داتغ فرتولوغن الله دان كمناغن
 A002
110:2 Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
دان اغكو مليهت مأنسى ماسوق دالم اكام الله بردويوغ2
A003
110:3 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
مك اوجفله تسبيح دغن مموجى توهن مو دان مينتأله امفون كفدث سسوغكوهث دى امة منريما توبة

********
Kamdian agama Allah itu berubah menjadi Agama Politik berpuak-puak.
كمدين اكام الله ايت براوبه منجادى اكام فوليتيك برفواق2
Sama dengan agama orang Kafir Musyrikin yang menjadikan agama mareka berpuak-puak dan bangga apa yang ada dalam puak mareka.
سام دغن اكام اورغ كافر مشريكين يغ منجاديكن اكام مريك برفواق2 دان بغكا اف يغ ادا دالم فواق مريك

Bagitulah juga orang-orang Islam menjadikan agama mareka berpuak-puak, puak Sunni, puak Syiah dan lain-lainnya.
بكيتوله جوك اورغ2 اسلام منجاديكن اكام مريك برفواق2 فواق سنى دان فواق شيعه

Tuhan melarang kepada orang-orang yang percaya kepada ajaranNya Quran supaya jangan jadikan dalam agamanya berpuak-puak seperti dalam agama Kafir Syurikin itu.
توهن ملارغ كفد اورغ2 يغ فرجاى كفد اجران توهن قرآن سفاى جاغن جاديكن دالم اكامث برفواق2 سفرت دالم اكام كافر مشريكين ايت
A031
30:31 Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Quran) (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah Solat (mencegah perbuatan keji dan mungkar); dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
هندقله كامو واهى محمد دان مغيكوت2ث سنتياس رجوغ كمبالى كفد الله قرآن دغن مغرجاكن عمل2 بقتى سرت برتقواله كامو كفدث دان كرجاكن صلاة منجكه فربواتن كجى دان مغكر دان جاغنله كامو منجادى مان2 كولوغن اورغ شريك

A032
30:32 Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak (politik); tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya .
يأيت اورغ2 يغ منجاديكن فهامن اكام مريك برسليسيهن مغيكوت كجندروغن ماسيغ2 سرت مريك فول منجاديكن برفواق2 فوليتيك تيف2 فواق بربغكا دغن اف يغ ادا فدث
***********

Allah tak akan ampun dosa Syirik dan ia akan ampun dosa selain dari itu... .
الله تأ اكن امفون دوسا شريك دان اى اكن امفو دوسا سلاين درى ايت 
A048
4:48 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah , maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
سسوغكوهث الله تيدق اكن مغمفونكن دوسا شريك دان اكن مغمفونكن دوسا يغ لاين درى ايت باكى سسياف يغدكهندقكيث دان سسياف يغ ممفرسكوتوكن الله مك سسوغكوهث اى تله ملاكوكن دوسا يغ بسر
******

0 ulasan: